Saturday, May 17

wiKi worLd

A tornado is a violently rotating column of air which is in contact with both the surface of the earth and a cumulonimbus cloud or, in rare cases, the base of a cumulus cloud. Tornadoes come in many sizes but are typically in the form of a visible condensation funnel, whose narrow end touches the earth and is often encircled by a cloud of debris.

Most tornadoes have wind speeds between 40 mph (64 km/h) and 110 mph (177 km/h), are approximately 250 feet (75 m) across, and travel a few miles (several kilometers) before dissipating. Some attain wind speeds of more than 300 mph (480 km/h), stretch more than a mile (1.6 km) across, and stay on the ground for dozens of miles (more than 100 km).

Although tornadoes have been observed on every continent except Antarctica, most occur in the United States. They also commonly occur in southern Canada, south-central and eastern Asia, east-central South America, Southern Africa, northwestern and southeast Europe, Italy, western and southeastern Australia, and New Zealand.

For more details,
http://en.wikipedia.org/wiki/Tornado

Read More...

aCCideNt! whaT?

waa.. mmg bgs pengajaran aku dapat. Hari Kamis (15-5) aritu, aku ngan kgkwn gi mandi sungai, bes la gak! bbdk smpi xmo balik. On the way back, aku gne federal nk anto megat, fik, wafi, paizudin balik. 'Jam' mmg taraf gile2 mase tu. Kete kiri kanan x gerak. Kalo gerak pun, slow2 je.. mule2 mmg aku agk careful, tp mmndgkn bdn da letih gle, time tu pn da kol 7.30.. fuh! x bole thn do! ade ketike tu aku pndg ar blh knn ak... brek pn den tokan slow2.. then..


"zarep!" bbdk jerit nme ak. ak pn pndg dpn, then... "BUM!!".. OMG!! pe da blaku? kete ak terlanggo kete honda... mak ai! mamp*s la cani! dwet tarak! gwanye lesen pn P (yola! mne bole eksiden.... kne gantung wo! kne msk skola mmndu balik!) kete honda 2 pn benti.. bagian blakang honda tu kemek!

then, driver die kuar.. ak pn kuar dr kete. Bbdk sume da jd agak glaba... aku jmpe driver honda tu.. pstu mulela perbulan aku ngan dreba tu..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
drebar tu: ayo! suda kemek lo!
aku: sori ya!
drebar tu: erm, ni kne bg duit ni..
aku: lu mau dwet ka? wa byk2 sori
drebar tu: takpa2 naseb bek ni plastik,bole kasi ketuk! takpa2 xpaya dwetla..
aku: ang biaq btui?(xdela ssaje dialek penang), takpa ye! mnyk2 sori ya..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
lebey kureng gitula conversation ak ngan driver honda tu. fuh, seb baek die x wt report, kalo x, TUHAN je tau naseb aku.. ak pn slm dreba tu.. then ttibe je.. 'jam' da reda, traffic mkn clear.. aku pn mmecot kete ke destinasi dituju..

aku snanye bkn pe, mau kongsi pengalamn aku nih supaya korang jgnla ilang fokus time drive, lagi2 kalo tenga traffic jam, nahas wo! sek bek aku dpt dreba yg bek ati, kalo jenis2 org yg mudah mara? huh! neway, thanked God diz happened to me time2 ak maseh ijau kt lebuhraya, coz it'll help me to drive better next time!! .:: berhati-hati di jalan raya,k! ::.

Read More...

StuPiDity..

tengok gambar2 ni...
tak tau nak habaq ape..
huhu..



























mane salah??
direktor ke pelakon sendiri??
huhu..
LU PIKIRLA SENDIRI!!

Read More...

eRm..


6 perkara Allah sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu".


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...


Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Read More...

Hati

Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu. Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud:


Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.(Riwayat Bukhari - 2/49)


Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan akan rosak. Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah.


Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam 7 perkara :
·Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya;
·Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu;
·Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati;
·Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.
·Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram.
·Keenam, Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah;
·Ketujuh, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.


Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya. Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak. Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah dengan syurga.
Hati yang bersih dan luhur membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan. Sebenarnya manusia menghadapi dua bisikan, iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat.
Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah. Seterusnya lahirlah manusia kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pemfitnah dan sebagainya. Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur ketakwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.Allah berfirman yang bermaksud:


Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).(Surah al-A’raf: 200-201).


Allah mengangkat Nabi sebagai seorang yang maksum atau terpelihara daripada dosa selepas hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Allah, tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan sentiasa digoda syaitan. Allah memilih Nabi Muhammad saw untuk membawa urusanNya. Maka semestinya utusan Allah mempunyai sifat istimewa, antaranya hati yang bersih. Dengan hatinya yang bersih itu, orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda. Umar Al-Khattab yang dikenali sebagai seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran.

Read More...