Sunday, June 22

gugurnya dutch!


sedey?
kecewa?
marah?
huh!
the end of dutch's journey..
the end of euro 4 me..
but it came in a ryte time..
ari ni gwe kne pegi da..
pegi mne..
ntahla..
smbg blajo kot!
aha..
xpe2..
jmpe agi ma frens..
cau lu~
ilalliqa'..

~REVIEW skit dutch (1) russia (3)~
*tande2 kekalahan
-x men se'breath-taking' as play against italy & france
-player2 pancit lps full time
-player xde nafsu nk serang
-aku pening kpale (yeke ni sbb dutch kalah??!)
-russia asak from the start till the end
-arshavin meletop!


neway..
gudluck to russia..
okela..
bas da dtg...
and..
no more review bout euro..
ckup2la..
slm~

Read More...

Thursday, June 19

...

REVIEW EURO 2008:
THIRD ROUND
Group A
Switzerland 2 - 0 Portugal*
Czech Republic 2 - 3 Turkey*


Group B
Austria 0 - 1 Germany*
*Croatia 1 - 0 Poland


Group C
*Italy 2 - 0 France
Romania 0 - 2 Netherland*


Group D
Sweden 0 - 2 Russia*
*Spain 2 - 1 Greece


*qualify for knockout phase..

Read More...

Tuesday, June 17

..

REVIEW EURO 2008:
SECOND ROUND

Group A
Portugal 3 - 1 Czech Republic
Switzerland 1 - 2 Turkey

Group B
Croatia 2 - 1 Germany
Austria 1 - 1 Poland

Group C
Italy 1 - 1 Romania
France 1 - 4 Netherland

Group D
Sweden 1 - 2 Spain
Russia 1 - 0 Greece

Read More...

Saturday, June 14

korang dah melampau!!

!!!STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!

Betul2 dah melampau Denmark ni, satu penghinaan buat Rasul junjungan kita, Muhammad (s.a.w). Jadi sama-sama kita boikot produk Lego dari Denmark dan produk2 lain yg dikeluarkan dari negara tersebut. Sama2 berdoa agar ALLAH membalas perbuatan mereka yang menghina Nabi kita teragung dengan bala terhadap mereka... AMIN!!

*harap dapat sebarkan perkara ini kepada seluruh umat islam..

Read More...

MaKe a pRayeR~saMi yusuF..


O people
In a hut made of tin and clay
A small boy dreams away
Of clean water and a meal a day
And not to fear mines as he plays each day

O people
Somewhere dark and out of the way
Aids has found yet another prey
To save his life he just couldn’t pay

Tell me what we’re going to do
For our brothers in Durban
For our sisters in Darfur
Show me what we’re going to do

Are we just going to sit there?
Nice and cosy on our armchairs
Will we not even make a prayer?

You might ask yourself
Why should I help these people?
They’ll tell you why
We’re not so different from you
We have dreams just like you
But they were buried with the bodies of our loved ones

O people
Are we deaf, dumb, and blind?
What is going through our minds?
Don’t we care for the rest of mankind?

O people
We claim to love peace and justice
Why do we preach what we don’t practice?
Let’s help them out of this darkness

Tell me what we’re going to do
For our brothers in Ethiopia
For our sisters in Rwanda
Show me what we’re going to do

Are we just going to sit there?
Nice and cosy on our armchairs
Will we not even make a prayer?
Will we not even make a prayer?

Read More...

Wednesday, June 11

...

REVIEW EURO 2008:FIRST ROUND
Group A
Switzerland 0 - 1 Czech Republic
Portugal 2 - 0 Turkey

Group B
Austria 0 - 1 Croatia
Germany 2 - 0 Poland

Group C
France 0 - 0 Romania
Italy 0 - 3 Netherland

Group D
Spain 4 - 1 Russia
Sweden 2- 0 Greece

Read More...

..


Pandangan Mufti Perlis berkaitan isu kenaikan minyak baru-baru ini...

Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermatDalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya):

Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Read More...

cukup seNaNg!

Mahu Download Video Terus Dari YouTube atau mne2 web lain??

Tak Perlu Menggunakan YouTube Grabber or Video Grabber hatta software yg lain pn!

De Cara Lagi Mudah

Layari web Media Converter.org

Ha! Download & Convert Secara Online..



#anda boleh juga convert video ke type yg lain seperti mp3,mpeg dan lain2 lagi!
so, selamat mencuba!

Read More...

oh,Spirulina..


Masih ramai yang masih tidak tahu tentang kehalalan dan kesucian spirulina. Percaya atau tidak bahawa spirulina di western country dan tidak jauh dari negara kita thailand di tanam didalam kolam najis babi.


Jika anda tidak percaya type dlm mana search engine spirulina pig waste berlambak web mengenainya. Asalnya spirulina adalah alga yang ditanam dlm air laut. Namun peringkat kajian saintis barat mereka menanam spirulina dlm kolam najis babi utk merawat sisa kumbahan air najis babi. Selepas itu mereka mendapati nutrien dlm spirulina semakin bertambah jika diternak di dalam air najis babi.


Dibawah adalah contoh laman web:




*erm.. berhati-hati memilih supplement tuk diri anda,k!

Read More...

Tuesday, June 10

..


*gambo kucing ni aku tgkp kt depan otel sri malaya, alor star, kedah

Read More...

aiya!!

Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim
from: anip mN (die tag sblom msk asasi uia, huhui~)
[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
alkisahnya, telah diwajibkan terhadap diriku tuk mnyertai usrah pabila di smka kole sango dlu2..
kmudian telah ku smbg pogrem usrah ni di kolejku di klang... lepas ni? insya ALLAH de lagi kt u...
[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
oooo,bagaimane? erm, kt jadual harian pelajar2 smka mmg de pogrem usrah, stiap mlm sbtu(ala2 al-kuliyah!)...
[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
alorh, mmg kne joinla.. neway mmg byk pengalamn dpt dr usrah ni...
[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
1. wow!, mmg bes dpt kenal ngan kgkwn, senior2.. pstu dpt sharing infos antare kami sume, x kesa dr segi akademik hatta life kt asrama..
2. woW!!, dpt mndalami ilmu agama ngan lebey mndlm~eg. rukun2 usrah, sejarah usrah, sirah nabawiyah, tasawuf, dalil2 dan mcm2 lagila!!
3. WOW!!!, dpt mndalami mslh kgkwn and moving forward to solve it! wat an experience..
[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
1. frenZ.. x krela drpd sejunior-junior smpi ke senior-senior, "berkwn biar beribu, berkaseh biar..."{peribahasa malayu kn??}
2. da best thing tuk selesaikan ape2 mslh adalah dengan berbincang...
3. kNowleDge...
4. we must tolerate to each other...
5. dpt tau pe'el kgkwn(haha!!)...
Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
The next person???
1. fikri indra
2. mahirah

Read More...

Wednesday, June 4

sanGkaaN liaR::.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan Allah) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.."


[Surah al-Hujurat, ayat 12]

Read More...

Tuesday, June 3

carry you hoMe..

Trouble is the only way is down.
Down, down.
As strong as you were, tender you go.
I'm watching you breathing for the last time.
A song for your heart, but when it is quiet,
I know what it means and I'll carry you home.
I'll carry you home.
If she had wings she would fly away,
And another day God will give her some.
Trouble is the only way is down
Down, down.
As strong as you were, tender you go.
I'm watching you breathing for the last time.
A song for your heart, but when it is quiet,
I know what it means and I'll carry you home.
I'll carry you home.
And they were all born pretty in New York City tonight,
And someone's little girl was taken from the world tonight,
Under the Stars and Stripes.
As strong as you were, tender you go.
I'm watching you breathing for the last time.
A song for your heart, but when it is quiet,
I know what it means and I'll carry you home.
I'll carry you home.
.::james blunt-carry you home::.

Read More...

..


Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasullullah saw:


"Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah, engkau membantu seseorang menaiki tunggangannya, ataupun mengangkat barang-barang ke atas tunggangan adalah sedekah. Kata-kata manis juga sedekah, setiap langkah yang engkau melangkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah, dan engkau menjauhkan bahaya dari lalu lintas orang ramai juga merupakan sedekah"


(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Read More...

Monday, June 2

duit2..


Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit.

Duit seringgit bertanya:"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?

"Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik MAS, lepak Mid Valley, konsert AF, GangStarz.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"


Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,"Hmm...biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama, SURAU, MASJID, SURAU, MASJID....


*renung2kn ye..

Read More...